Program Klik Dengan Bijak (KDB) SMKA Matang
9 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2015, Pusat Internet Krokong dengan kerjasama dari pihak PI Kg Telaga Air, PI Sibuluh, PI Kg Pandan, PI Kg Pasir Pandak dan PI Kg Stungkor Baru telah mengadakan program Klik Dengan Bijak yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang. Program ini telah dihadiri oleh seramai 389 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 SMKA Matang.Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dikalangan pengguna internet terutamanya kepada para pelajar yang mudah terdedah kepada pelbagai jenayah internet.Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah ceramah KDB, tayangan video pendek KDB serta aktiviti permainan KDB seperti "Perasaan", "Telefon Karat", "Action Kamen" dan"Sifir Bijak".
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: